

jika
ku menulis
tulisanku hanya
dari hati
yg kutulis dgn nada berani
dr tinta asli
jika
ku menulis
ayatku penuh irama
bicaraku bicara berbeza
ada nilai di sebaliknya
ada maksud yg kupinta
digali sedalam-dalamnya
jika
ku menulis
wasiatku hanya satu
serlahkan
kebenaran...
kebenaran...
dan
kebenaran...
yg selalu
kita alpakan
jika ku menulis
hatiku benar-benar tulus
menyusun kata-kata
memanggil jiwa-jiwa
membacanya
menuju destinasi
pd YG ESA
jika
ku menulis
ku mencari
satu kepuasan
satu ketenangan
meluahkan ilham-ilham
anugerah dr tuhan
bukan pd semua insan
kecuali
yg sudah ditentukan

Atok memang suka membaca puisi
ReplyDeletekerana disana ada dendangan bahasa
bila membaca atok selalu menukar usia
kerana demikian itu lebih telus dan nyata
Namun wahai cucunda
puisi mu nyata istimewa
membacanya dari berbeza usia
memberi gambaran berlainan rupa
memancar faham berbeza beza makna.
Menarik menarik bagi bakat masih muda usia
Teruskan teruskan menajam bakat mu berkarya.